Pensel
- Digunakan untuk melukiskan dan menghitamkan garisan serta lengkung
- Kehitaman pensel menunjukkan jenis garisan yang berlainan seperti garisan objek, garisan binaan dan garisan tersembunyi.
- Gred kehitaman pensel menunjukkan samada pensel itu keras atau lembut.
- Pensil yang sesuai digunakan ialah bergred 2H, 2B dan HB.
Pembaris
- Digunakan untuk mengambil dan memindahkan ukuran ke atas kertas lukisan.
- Membuat garisan lurus.
Pemadam
- Digunakan untuk menghilangkan kesan pensel dan kesilapan pada kertas.
- Jenis pemadam lembut sesuai untuk kerja lukisan.
Papan Lukisan
- Digunakan untuk mangalas kertas lukisan dan menyimpan sesiku T.
- Diperbuat daripada kayu lembut atau papan lapis.
Sesiku T
- Alat yang menggelansar di tepi papan lukisan untuk mendapatkan garisan mendatar selari.
- Diperbuat daripada kayu dan plastik.
Sesiku Set
- Pembaris sesi tiga yang bersudut 300, 600 dan 900 atau 450 dan 900.
- Digunakan bersama sesiku T dan papan lukisan untuk melukis garisan tegak dan garisan condong mengikut sudut yang dikehendaki.
Jangka Lukis
- Digunakan untuk melukis bulatan dan lengkok.
- Mempunyai satu kaki tajam dan satu kaki pensel.
Jangka Tolok
- Digunakan untuk mengambil dan memindahkan ukuran.
- Kedua-dua kakinya tajam.
·